Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada cubaan sabotaj rayuan

Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada cubaan sabotaj rayuan

PASIR SALAK: Bekas Ketua UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa berlaku cubaan untuk mensabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli parti itu. Beliau mendakwa, tindakan itu dikesan apabila usul itu dibawa Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Salak dalam mesyuarat tiga minggu lalu yang antara lain mendesak pucuk pimpinan agar tidak melayan sebarang rayuan yang … Read more

Tajuddin rayu penggantungannya ditarik balik, mahu buka buku baharu

Tajuddin rayu penggantungannya ditarik balik, mahu buka buku baharu

PASIR SALAK: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sudah mengemukakan rayuan terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun dan mahu kembali aktif dalam parti itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menerima rayuannya. Menurutnya, jika rayuannya tidak diterima, beliau mungkin … Read more

Jiwa sebagai wakil rakyat masih kuat – Tajuddin

Jiwa sebagai wakil rakyat masih kuat – Tajuddin

PASIR SALAK: Walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masih turun padang menziarahi dan memberikan sumbangan peribadi kepada penduduk yang kediaman mereka rosak akibat ribut dua hari lalu di Kampung Air Kuning di sini hari ini. Tajuddin, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang digantung keahliannya selama … Read more

UMNO: Rayuan Tajuddin Rahman ditolak, Bahagian Arau digantung

UMNO: Rayuan Tajuddin Rahman ditolak, Bahagian Arau digantung

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada digantung keahliannya dalam UMNO ditolak. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan itu berkuat kuasa hari ini dan penggantungan adalah selama enam tahun. Selain itu, Isham memaklumkan, UMNO Bahagian Arau digantung atas sebab disiplin dan akan dilantik ketua pentadbir baharu. “Rayuan … Read more

Tajuddin buka segala pekung UMNO  – Sahruddin

Tajuddin buka segala pekung UMNO  – Sahruddin

JOHOR BAHRU: Pendedahan berani Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuktikan bahawa UMNO sedang berkecamuk dengan masalah dalaman, kata Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal. Beliau berkata, pendedahan itu juga membongkar tindakan atau keputusan yang membelakangkan jutaan ahli parti tersebut di seluruh negara. Katanya, Presiden UMNO, Datuk … Read more

Pas Perak tawar Tajuddin tanding di Pasir Salak 

Pas Perak tawar Tajuddin tanding di Pasir Salak 

BAGAN SERAI: Pas Perak sedia menawarkan kerusi kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tawaran itu dibuat setelah Tajuddin digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Katanya, tawaran itu tidak bermaksud Pas mahu mencampuri urusan atau kemelut … Read more