Tahi Mata Banyak Sampai Tak Boleh Buka Mata, Ini Adalah Salah Satu Puncanya – Hijabista

Pasti anda pernah mengalami masalah tahi mata yang terlalu banyak bila bangun tidur. Ada juga satu ketika mata anda tidak boleh buka langsung sebab perit tahi mata yang melekat di sekeliling kawasan kelopak mata.

Ia sering di anggap sebagai suatu perkara yang normal untuk setiap manusia menghadapinya setia kali celik mata selepas bangun tidur. Tetapi lain pula jadinya jika keadaan mata menjadi merah, rasa gatal, dan sukar untuk berkelip.

Penuh tahi mata sampai tak boleh bukak mata ini

Sumber gambar dari TheraLife

Mesti anda pernah tertanya kenapa mata kita ini perlu mengeluarkan tahi mata? Dahlah ia menyakitkan dan memedihkan mata bila hendak mencelikkan mata di pagi hari.

Sebenarnya, organ mata kita ini sememangnya berfungsi untuk menghasilkan mukus yang lebih cukup di kenali sebagai rheum (tahi mata). Ia akan di hasilkan pada setiap hari dan waktu bagi tujuan melindungi mata daripada anasir luar seperti debu, bahan kimia atau apa-apa benda asing.

Menurut hellodoktor, mukus ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan buat kita namun ia boleh mengering lalu berkumpul pada sudut mata sekirangan tidak di buang secara manual. Sewaktu kita mula mencelikkan mata, rheum akan tertanggal sedikit demi sedikit dengan sendirinya apabila pergerakan mata sewaktu berkelip.

Manakala pada waktu malam, rheum boleh juga mengering dan terkumpul akibat mata yang tidak berkelip sewaktu sedang tidur. Tidak menjadi satu masalah apabila mukus ini terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan mata menjadi merah, gatal dan sukar untuk berkelip.

Artikel bekaitan: Mata Dah Sakit Tapi Kerja Banyak Lagi! Usah Risau Dan Lakukan Eye Yoga Ini

Apa punca sakit mata yang bertahi?

Tahi Mata Banyak Sampai Tak Boleh Buka Mata, Ini Adalah Salah Satu Puncanya

Sumber gambar dari Lubbil

Seperti yang anda sedia maklum, proses penghasilan mukus adalah normal bagi semua manusia. Tetapi ada beberapa punca yang boleh menyebabkan rheum pada mata menjadi lebih banyak di mana sekali gus menyebabkan mata merah dan mempunyai sensasi gatal.

Terdapat beberapa jenis punca yang boleh menyebabkan sakit mata sehingga mengeluarkan tahi mata yang terlalu banyak dan menyukarkan pergerakan mata untuk berkelip, antaranya:

1. Terdedah kepada anasir luar

Tahi Mata Banyak Sampai Tak Boleh Buka Mata, Ini Adalah Salah Satu Puncanya

Mata yang lebih terdedah kepada anasir luar yang berbahaya seperti debu, bahan kimia atau benda asing boleh menjadi punca merengsakan mata. Oleh kerana itu, organ di bahagian mata akan lebih kuat bekerja untuk menghasilkan banyak mukus bagi melindungi kawasan mata, lantas menyebabkan ia terkumpul dan mengering.

2. Perubahan cuaca atau iklim

Tahi Mata Banyak Sampai Tak Boleh Buka Mata, Ini Adalah Salah Satu Puncanya

Kondisi ini juga boleh terjadi akibat reaksi tubuh badan terhadap suatu perubahan cuaca atau iklim tertentu, seperti musim panas mahupun sejuk. Tindakbalas ini berkemungkinan boleh menyebabkan mata seseorang individu itu menghasilkan lebih banyak mukus pada mata secara tidak terkawal.

3. Penggunaan produk mata yang tidak sesuai

Tahi Mata Banyak Sampai Tak Boleh Buka Mata, Ini Adalah Salah Satu Puncanya

Ada beberapa produk mata seperti kanta lekap (contact lense), cermin mata, atau alat kosmetik yang mempunyai bahan yang tidak sesuai dan boleh merengsakan mata. Oleh dengan itu, pemilihan produk yang sesuai dengan kawasan mata perlu di ambil berat supaya ianya tidak akan memberikan kesan buruk terhadap mata.

4. Jangkitan pada mata

Tahi Mata Banyak Sampai Tak Boleh Buka Mata, Ini Adalah Salah Satu Puncanya

Kebanyakan yang mengalami masalah sakit mata adalah kerana masalah kondisi jangkitan mikroorganisme yang dari kumpulan virus (viral conjuctivitis) atau bakteria (bacterium conjuctivitis). Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja, jadi anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.

Bagi anda yang sering mengalami masalah penghasilan tahi mata yang terlalu banyak dan rasa gatal yang teramat, anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor. Ia kerana terdapat satu keadaan di mana mata seseorang itu boleh menjadi bengkak dan menghalang penglihatan. Jadi mata adalah satu organ yang penting untuk kita jaga bagi melindungi dan memelihara pancaindera kurniaan tuhan.

Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva

Artikel berkaitan: Muka Cantik Tapi Mata Rosak? Ini Cara-Cara Untuk Menjaga Deria Penglihatan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.