“Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti.”
Itu dakwaan herdikan keras seorang penyanyi lelaki legenda terhadap penyanyi popular, Shila Amzah, ketika sesi latihan menjelang konsert di Stadium Merdeka, semalam.
Menurut sumber, insiden itu berlaku sekitar jam 11 pagi dan dikatakan disaksikan oleh ramai individu yang turut berada di lokasi berkenaan.
Tindakan tersebut dipercayai meninggalkan kesan emosi terhadap Shila hingga memaksa penyanyi itu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
“Polis sudah merakam dua percakapan setakat ini untuk membantu siasatan. Tiada kecederaan dilaporkan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Sebelum ini, Penyanyi popular, Shila Amzah mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan secara terbuka oleh seorang figura legenda industri seni tanah air ketika sesi latihan menjelang konsert yang bakal berlangsung Jumaat ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Shila berkongsi rakaman video sewaktu melakukan latihan atas pentas bersama penari, namun turut menyelitkan luahan rasa kecewa dengan tindakan tidak profesional individu terbabit.
Lebih mengejutkan, Shila menyatakan gangguan itu berlaku secara terang-terangan di hadapan ramai pihak hingga mencetuskan gangguan emosi dan rasa tidak selamat.
Artikel Berkaitan: “Saya Terus Anxiety! Sangat Tak Profesional” – Shila Amzah Buat Laporan Polis, Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert?
Artikel Berkaitan: “Tiada Sentuhan Fizikal Berlaku” – Insiden Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda, Polis Buka Kertas Siasatan
Sumber: Harian Metro




