Tak baik label Sophia Albarakbah macam pelac*r, fitnah besar tu – Azhar Sulaiman

Tak baik label Sophia Albarakbah macam pelac*r, fitnah besar tu – Azhar Sulaiman

Ketika orang ramai mengecam Sophia Albarakbah, pelakon Azhar Sulaiman tampil mempertahankan aktres tersebut berhubung isu membabitkan rumah tangga penyanyi Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz.

Menurut Azhar, dia tiada masalah bagi menjayakan lakonan bersama Sophia memandangkan isterinya Chempaka Emalin Pahamin mempercayai aktres kontroversi berkenaan.

“Kalau pelakon lelaki yang sudah berkahwin keberatan untuk berlakon dengan Sophia Albarakbah selepas ini. Tidak mengapa Mami (nama panggilannya) tak keberatan langsung…
“… dan berani sebab isteri saya mempercayai Sophia… malah makin banyak tawaran untuk saya,” tulisnya seolah-olah berseloroh pada satu posting dimuat naik di laman Instagram semalam.

Pelakon berusia 51 tahun itu berkata, dia berharap netizen tidak berlebihan dalam melemparkan kecaman kepada Sophia kerana tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku sehingga aktres terbabit dituduh sebagai pelacur.

“Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama-drama tu juga termasuklah tampan macam Mami.
“Tak baik label Sophie seperti pelacur, fitnah besar tu. Kita takkan tahu hal sebenarnya jadi lebih baik jangan berlebihan dalam memberi komen,” ujarnya.

Posting tersebut memaparkan video pendek Azhar bersama aktres berusia 30 tahun itu dipercayai sewaktu mereka perenah menjalani penggambaran bersama.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang heroin mengakui ‘tersuka’ suaminya selepas bergandingan menerusi drama berjudul Ku Akad Kau Dengan arahan Osman Ali.

Malah, Alif turut mengesahkannya bahawa heroin dimaksudkan isterinya adalah Sophia pada sidang media drama tersebut yang berlangsung semalam.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman