Pelakon Ruhainies mencuri perhatian selepas dia dilihat memuat naik foto memegang sejambak bunga sambil berswafoto di hadapan cermin.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Ruhainies mendedahkan dia sering menerima bunga daripada seseorang yang istimewa.
Tidak habis disitu, pelakon drama Puteri Reunion ini juga sempat berseloroh menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran berkenaan.
“Siapa ni asyik hantar bunga.
“Asyik bunga je, bila nak hantar rombongan?,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.
Malah, ada yang menyifatkan aktres itu bersikap terlalu ‘try hard’ untuk kelihatan bahagia di khalayak ramai.