Ditegur Lakon Babak Bersentuhan, Noorkhiriah ‘Tenang’ Beri Respons – “Sedaya Upaya Saya Cuba Tak Bersentuhan Tapi Kadang Terbabas”

Ditegur Lakon Babak Bersentuhan, Noorkhiriah ‘Tenang’ Beri Respons – “Sedaya Upaya Saya Cuba Tak Bersentuhan Tapi Kadang Terbabas”

“Nak istiqamah dan jadi lebih baik tak semudah mata memandang”.

Demikian respons yang diberikan pelakon versatile, Noorkhiriah terhadap teguran yang diterimanya susulan melakonkan babak bersentuhan dalam sebuah drama lakonannya.

Kata Khiriah atau nama penuhnya, Norkhiriah Ahmad Shapie, 49, dia sedar apabila segelintir warganet menegurnya mengenai niat tidak menghalalkan cara namun, aktres itu akur sekaligus mengakui tidak dapat mengelak perkara itu terjadi walaupun sudah berusaha untuk menjaganya.

“Assalamualaikum di atas pertanyaan. Okay, saya jawab disini alhamdulillah, saya faham niat tidak menghalalkan cara walaupun berlapik. Sedaya upanya saya cuba untuk tidak bersentuhan dan berlapik tapi itulah, kadang-kadang kita terbabas.

“Dan juga ada satu scene tapi belum keluar lagi saya didukung tapi didukung itu bukan saya tapi adalah pelakon pendua.

“Saya clear kan disini supaya kita tidak berkata-kata, supaya kita tidak bertanya…sebab mungkin kesilapan saya juga kerana memberi ruang untuk orang kecam, berkata-kata dan komen bukan-bukan.

“Tapi, saya sedaya upaya untuk tidak bersentuhan waima berlapik. Tapi fahamlah… kadang-kadang terbabas juga kan? Apapun, terima kasih diatas setiap teguran saya terima inshaa-Allah segala yang buruk datangd ari saya, dan baik itu datang dari Allah.

“Sedaya upayanya saya mencuba untuk jadi lebih baik daripada sebelum, terima kasih,” katanya.

Perkara itu dikongsi Khiriah menerusi muat naik sepotong video pendek di platform TikTok miliknya.

 

 

Scroll to Top