Biarpun dirinya bergelar seorang penyanyi, pemilik nama Nur Heliza Helmi ini tidak pernah lelah memperjuangkan dan membela nasib umat Islam di seluruh dunia.
Semangat jihadnya itu sering dijadikan satu inspirasi dalam kalangan umat Islam tanpa mengira umur mahupun jantina.

Jika diperhatikan laman sosial miliknya, ternyata ia dipenuhi dengan perkongsian bercirikan Islamik dan juga misi bantuan kepada rakyat Syria, Palestin dan sebagainya.
Malah, tiada satu pun yang menyentuh tentang soal jodoh mahupun cinta duniawi walaupun usianya sudah mencecah 30an. Kesemuanya mengandungi ilmu serta kisah inspirasi yang bermanfaat buat tauladan ramai.
Kagum akan semangat ‘jihad’ selebtiti terbabiti, seorang wanita bernama Norlaila Mohamad Yusoff memberi pandangan peribadi menerusi laman Facebook miliknya.
“Heliza Helmi tak kemaruk soal cinta jodoh! Tidak dahaga kasih cinta dari tulang rusuk. Tak menunjuk terlalu risau, fikir gelabah soal jodoh.
“Pernahkah dia ‘post’ ayat2 cinta sapa sayang dia bukti dengan akad nikah, siapalah nak masuk meminang.. Rindu2 cinta2!? Ada? Inilah dia yang jenis betul2 faham agama.
“Tidak ada jodoh di dunia, di akhirat pasti & tiada air mata duka! Dalam kepala otak hanya Syria, Palestin, misi bantuan Gaza. Andaikan terkorban semasa perjalanan niat bantu sahabat di sana.. Syahid lah beliau!” tulisnya.
Menurut wanita itu, berbanding ‘influencer’ terkenal lain, Heliza langsung tidak pernah risau tentang soal jodoh mahupun berkongsi ayat-ayat cinta ditujukan kepada ‘bakal suami’.
Akan tetapi, dia sibuk memperjuangkan Islam dan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan amal kebajikan di dunia agar berbuah pahala di akhirat kelak.
“Macam ni kita nak anak kita, didik dengan agama yang sebenar2nya,” tambahnya lagi.
Di akhir penulisan, Norlaila memberi nasihat kepada ibu bapa lain agar menjadikan keperibadian Heliza sebagai satu contoh baik mendidik anak-anak mereka dalam memahami agama Islam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita tersebut dan meluahkan kekaguman kepada pelantun lagu Ayat Cinta Dari Tuhan Itu.








Sumber: Facebook Norlaila Mohamad Yusoff




