“Tak Mengapa, Allah Bersama Kita” – Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata

“Tak Mengapa, Allah Bersama Kita” – Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata

Pelakon Nur Fazura tidak dapat menahan sebak apabila menjawab pertanyaan mengenai anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sesi siaran langsung, Fazura berkata Allah ada bersama mereka dan Maha Mengetahui segala apa yang berlaku. Katanya lagi, fokusnya adalah untuk menjaga Fatima dengan sebaiknya.

BACA: “Jangan Ingat Kami Tak Tahu” – Posting Bodyguard Fazura Jadi Perhatian

“Tidak mengapa, Allah bersama dengan kita. Apa sahaja berlaku Allah memerhati dan mendengar dan kita berserah hanya kepadaNya. Yang penting fokus saya adalah untuk menjaga Fatima sebaik-baiknya, menjaga mental dan emosinya.

“Apa yang saya harapkan adalah dia bahagia, gembira dan tenang. Semoga tiada apa-apa yang mengganggu atau membahayakannya,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut menitipkan doa buat anaknya berharap agar Fatima sentiasa dilindungi dari segala bahaya dan perkara yang tidak baik.

“Saya sentiasa berdoa dan kata orang doa ibu tiada hijabnya. Saya yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkannya. Semoga Allah sentiasa melindungi anak saya, Nur Fatima Aisya,” tulisnya.

Terdahulu, tular video Fatima mengadu kepada Fazura  mendakwa Nenda yang juga ibu Fattah Fattah mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.


Scroll to Top