Tak perlu koyak dengan podcast, itu cara naikkan jumlah tontonan – Saiful Apek

Tak perlu koyak dengan podcast, itu cara naikkan jumlah tontonan – Saiful Apek

Pelawak senior, Saiful Apek meminta mana-mana pihak tak perlu koyak dengan podcast apabila nama mereka dipetik sepanjang sesi perbualan itu.

Menurut Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, pihak berkenaan perlu menyelesaikan kemelut yang tercetus secara baik tanpa menjadikan media sosial sebagai perantara.

Pelawak berusia 55 tahun itu tampil memberi pandangan peribadi berhubung kontroversi kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat yang dilihat masih belum selesai.

Tak perlu koyak dengan podcast

Tegas Saiful Apek, dia tidak berpihak pada mana-mana individu, sebaliknya mereka yang bergelar figura umum pergi menjaga nama dan tingkah laku di media sosial.

Dia juga memberikan contoh seperti kumpulan lawaknya sendiri iaitu Senario yang tidak pernah bergaduh di media sosial.

Mereka sebaliknya menyelesaikan masalah di luar tanpa melibatkan media sosial.

“Bagi saya setakat cerita perkara lepas mengenai zaman muda itu biasa dekat Podcast, sebab itu memang caranya untuk naikkan jumlah tontonan, kenapa nak ‘koyak’ pula.
“Saya tak berpihak mana-mana pihak tapi dunia sekarang sudah berubah, mereka ni public figure jadi nak gaduh tu tengok-tengok la orang lama, kumpulan Senario tak pernah bergaduh di media sosial sebab semuanya kami selesaikan diluar,” kata Saiful Apek.

Artikel lain: Rahim dedah kena block dengan Shuib, akui ada perselisihan faham

Saiful Apek terguris dengan Sepah

Selaku pelawak senior, Saiful akui terguris dengan tindakan kumpulan Sepah itu.

Dakwanya tindakan mereka itu dilihat seakan-akan tidak menghormatinya selaku orang yang lebih lama berada dalam industri.

“Bila saya tengok mereka bergaduh tu aduh hati saya sangat terguris sebab kenapa mereka buat macam ni, Senario pun tak pernah buat macam ni, kalau boleh belajar minta maaf dan memaafkan lagi bagus selesai cara luar,” luahnya.

Sumber: mStar Online (Faiz Izzat)

Scroll to Top