Tak perlu panik! Zahid Hamidi jamin simpanan bekalan makanan Malaysia mencukupi

Tak perlu panik! Zahid Hamidi jamin simpanan bekalan makanan Malaysia mencukupi

Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan, air minuman dan barangan keperluan asas negara berada pada tahap mencukupi, dengan kapasiti simpanan makanan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan itu sekali gus menunjukkan Malaysia belum mempunyai keperluan untuk mengeluarkan panduan khusus yang menggalakkan rakyat menyimpan bekalan keperluan asas sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, tahap keterjaminan makanan dan kapasiti simpanan stok negara masih berada dalam keadaan terkawal.

“Negara mempunyai kapasiti simpanan bekalan makanan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.
“Kerajaan juga sudah berusaha memastikan keperluan asas rakyat serta mereka yang berada di Malaysia, sentiasa mencukupi,” katanya.
May be an image of one or more people and dais

Kredit Foto: FB Zahid Hamidi

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kerjasama Malaysia-China Dalam Pelaburan, Perdagangan dan Pemerkasaan Ekonomi, hari ini.

Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa Malaysia ketika ini tidak berdepan situasi darurat membabitkan bekalan makanan atau barangan keperluan asas, malah dijangka kekal jauh daripada keadaan tersebut.

Kenyataan itu menyusul laporan mengenai 33 negara yang mengeluarkan panduan kepada penduduk supaya menyediakan bekalan makanan, air minuman dan barangan asas sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan kecemasan.

4 langkah berdepan ancaman berganda fenomena El Nino, konflik geopolitik

Sekadar gambar hiasan

NADMA urges public not to panic buy ahead of Northeast Monsoon | The Sun  Malaysia

Kredit Foto: The Sun

Langkah berkenaan diambil susulan pelbagai risiko global termasuk peperangan, cuaca ekstrem, gangguan bekalan elektrik serta ancaman serangan siber.

Antara negara yang menggalakkan persediaan bekalan sekurang-kurangnya tiga hari ialah Perancis, United Kingdom, Kanada, Jepun, Mexico dan Belanda.

Sementara itu, Sweden dan Norway menyarankan simpanan untuk tempoh seminggu, manakala Jerman mengesyorkan bekalan sehingga 10 hari bagi menghadapi kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan penting.

Sumber: BERNAMA

Scroll to Top