Tak sabar untuk temui peminat Sabtu ini – DSP

Tak sabar untuk temui peminat Sabtu ini – DSP

KUALA LUMPUR – Pemuzik dan penari terkenal India, Devi Sri Prasad atau nama timangannya DSP akan menghiburkan hampir 15,000 penonton bukan sahaja di negara ini sebaliknya juga negara-negara jiran.

Konsert anjuran syarikat pemasaran terkenal HD Entertainment Sdn Bhd tampil dengan tema ‘DSP Live In Concert – Oo Solriya Tour’ di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini akan turut dibarisi artis luar negara dan dalam negara.

DSP terkenal dengan lagu-lagu hit itu dalam siri jelajah konsert dunia sebenarnya sibuk namun bersetuju untuk mengadakan konsertnya di Malaysia.

Bercakap dengan MalaysiaGazette baru-baru ini, DSP  teruja dengan peminat luar biasa di negara ini yang cukup meminati muzik pelbagai genre,walaupun pelbagai konsert berbilang artis tiketnya tetap terjual.

“Saya cukup teruja dengan peminat-peminat di negara. Malah saya rasa di sini minat muzik ini agak luar biasa sekali, pergi ke mana sekali adanya muzik, ke kelab anda lihat ada live music band, anda ke pusat beli belah, ada muzik, bakat-bakat sini juga hebat.

“Apabila HD Entertainment bercakap dengan saya, saya terus katakan, ya. Saya pernah datang ke sini beberapa kali namun inilah julung kali saya adakan konsert solo bersama barisan artis hebat. Saya jemput artis tempatan di sini juga untuk hiburkan para peminat.

“Selepas Malaysia, saya akan sibuk dengan siri jelajah saya di Amerika Syarikat di beberapa negeri kemudian saya ke London sebelum kembali ke India, jadual agak ketat namun saya cukup teruja. Saya perlu berterima kasih dengan peminat dan penganjur, anda semua hebat,” katanya.

Konsert anjuran syarikat pemasaran terkenal HD Entertainment Sdn Bhd tampil dengan tema ‘DSP Live In Concert – Oo Solriya Tour’ di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini.

DSP yang memulakan karier sebagai komposer, penari, penyanyi memulakan konsert jelajah terutamanya ke AS, Kanada, Britain seawal 2008 juga pernah menghasilkan sebuah album muzik dikenali sebagai ‘Jalsa’ khas buat lagenda Michael Jackson sebagai penghargaan dalam dunia muzik.

Konsert DSP Live in KL akan bermula sekitar pukul 5 petang dan berakhir tengah malam di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. -MalaysiaGazette

Scroll to Top