Tak sempat solat Jumaat, pelajar maut kemalangan

Tak sempat solat Jumaat, pelajar maut kemalangan

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Perjalanan seorang pelajar Tingkatan Empat ke sebuah masjid berakhir tragedi apabila dia maut selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Anggerik 3, simpang masuk Taman Seroja 5, Bukit Sentosa, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, nahas membabitkan Proton Exora dan motosikal Yamaha Y15.

“Kemalangan berlaku ketika pemandu MPV keluar dari Taman Seroja 5 dilanggar mangsa yang melalui laluan sama.

“Penunggang motosikal disahkan maut oleh pegawai perubatan manakala pemandu Proton Exora tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Mohd Asri berkata, proses bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top