Tak sengaja hayun kuat kayu golf, wanita ‘tersauk’ sekali muka orang belakang

Tak sengaja hayun kuat kayu golf, wanita ‘tersauk’ sekali muka orang belakang

Sesuatu yang tidak disengajakan berlaku kadang kala menjadi perkara yang akan terus diingati. Lebih-lebih lagi jika ia dirakam dan dikongsikan ke laman sosial.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @bbrx16, dia telah memuat naik momen ketika berlatih bermain golf sambil diperhatikan oleh individu yang mengajarnya dari belakang.

@bbrx16

ni nama dia mengajar tapi masa yang sama balas dendam hshshshs😂

♬ bring it back –

Namun, siapa sangka hayunan kayu golf yang dilakukan ‘terlepas’ sehingga terkena muka orang yang berada di belakangnya. Dapat dilihat yang lelaki itu tidak sempat untuk mengelak dan mukanya betul-betul terkena kayu golf tersebut.

Jelas sekali dia menahan rasa sakit namun penguna TikTok itu segera mendapatkannya untuk memastikan lelaki terbabit dalam keadaan baik-baik sahaja. Mujur, lelaki itu mengatakan dia ‘okey’ selepas dihentam dengan kayu golf tersebut.

@bbrx16

Replying to @wanzzssss ni video ori 😂😂 alamak lambat post sorry got many test to do hahaha. But evrythings fine dia okay je 😂😂

♬ Middle of the night x Carol of the bells – ᴍᴀꜱ F

Perkongsian yang dibuat oleh @bbrx16 itu telah meraih dua juta tontonan hanya dalam masa dua hari. Rata-rata warganet yang melihat video terbabit turut sama ‘merasai’ kesakitan yang dialami lelaki itu kerana hayunan kayu golf tersebut agak kuat.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berseloroh mengatakan yang wanita terbabit seakan sudah lama pendam dan ini ‘peluang’ yang diperoleh untuk balas dendam.

 

Apa-apa pun semoga tiada kecederaan teruk kepada inidividu tersebut dan lebih berhati-hati dalam apa tindakan sekalipun.

Sumber: TikTok @bbrx16

Scroll to Top