Penerbit Datuk A. Aida menyelar netizen yang mendakwa anaknya iaitu Azeva berada di dalam industri kerana pengaruhnya atau menggunakan kabel.
Menerusi perkongsian di Threads, Aida turut berkata tidak mungkin dia sanggup melabur duit jika anaknya tidak berbakat.
BACA: “Kalau Nak Kahwin Azeva, Hantaran RM10 Juta Saya Terima”

“Soalan bodoh ada yang tanya guna kabel mak dia ke? Jawapan pada soalan bodoh. Saya buat album sebab dia boleh menyanyi, buat filem sebab dia boleh berlakon. Takkanlah saya ni bodoh nak labur duit kalau anak tu tak boleh nak menyanyi dan berlakon,” katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata tidak kira sama ada keluarga atau bukan namun jika seseorang itu mempunyai bakat pasti akan beri sokongan untuk pergi lebih jauh.
“Tak kisah anak atau bukan..kalau ada bakat dan aura kita akan push..moga my princess terus menyinar dan mewarnai industri,” katanya.
