Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

Pengacara dan pelakon Fikry Ibrahim dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan hari ini.

Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita yang berusia 37 tahun.

Menurut sumber, wanita itu pernah terlibat dalam dunia hiburan dan pernah menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.

XTRA menerima beberapa keping foto yang dihantar peminat menerusi mesej di laman sosial.

Selamat pengantin baru kepada Fikry dan isteri, semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Scroll to Top