Kelibat isteri mantan Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7, Tun Mahathir Mohamed iaitu, Tun Hasmah Mohd Ali mencuri perhatian apabila tampil memakai hijab ketika hadir pada sebauh acara yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang tular di Instagram, Tun Hasmah hadir memakai busana baju kurung berona kelabu dan mengenakan tudung berwarna sama sambil dipimpin keluar daripada sebuah kereta.
“Masyaa-Allah cantiknya Tun Hasmah, ” tulis pada kapsyen berkenaan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan komen positif terhadap penampilan Tun Hasmah.
Bahkan, ada segelintir yang tidak dapat mengenali beliau.
Selain itu, rata-ratanya juga mendoakan agar pasangan ‘kesayangan’ rakyat Malaysia ini dikurniakan kesihatan yang terbaik dan dikurniakan umur yang panjang.





