Tanah dan aset dijual keluarga, Farel Pragoya serah kepada undang-undang

Tanah dan aset dijual keluarga, Farel Pragoya serah kepada undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Farel Pragoya, 16, menanggung kerugian hampir RM900,000 gara-gara ditipu keluarga sendiri yang menjual tanah dan aset diusahakannya sepanjang bergelar penyanyi.

Menurut Farel, lebih parah lagi apabila aset-aset dan tanah tersebut dijual keluarga secara senyap tanpa pengetahuannya.

“Saya menanggung kerugian hampir 400 juta rupiah gara-gara tanah dan aset milik saya dijual keluarga tanpa pengetahuan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengambil pendekatan lebih realistik dalam menguruskan hal ini kerana ini adalah hasil usaha saya sendiri, saya menunggu sahaja apa yang bakal berlaku selepas ini.

“Saya sejak kecil sudah biasa bekerja dan berdepan hal-hal seperti ini.

“Jadi sekarang ini saya hanya berdoa kepada Allah dan meminta nasihat kepada orang-orang lebih arif untuk menyelesaikan hal ini,” ujarnya dalam sesi bertemu media di Hotel Intercontinental, di sini petang tadi.

Farel memaklumkan dia telah mengambil tindakan undang-undang namun tidak terlalu menekan kerana membabitkan keluarga sendiri.

“Sekarang ini saya serahkan kepada tindakan undang-undang, namun tidaklah agresif mengenangkan mereka masih keluarga saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Farel yang sudah sekian lama terputus hubungan dengan orang tuanya serik mengenang berulang kali memghadapi masalah sama.

“Tentu kami mengambil kaedah penyelesaian kekeluargaan, berbincang dengan orang tua berkenaan isu ini namun hal yang sama sering berlaku, jadi saya sudah serik,” kongsinya.- UTUSAN

Scroll to Top