Tanah runtuh 30 meter cemaskan penduduk

Tanah runtuh 30 meter cemaskan penduduk

harisfadli@hmetro.com.my

Ampang: Penduduk di sekitar kawasan perumahan Jalan E6, Taman Melawati di sini cemas susulan runtuhan tebing setinggi 30 meter berhampiran kediaman mereka berikutan cuaca hujan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini membabitkan insiden itu.

“Sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama pasukan perubatan kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi sejurus terima panggilan 11.42 pagi tadi.

“Selepas membuat ‘size-up‘ (pemantauan), mendapati runtuhan di lereng bukit berkeluasan 20×20 meter persegi (m²) dan runtuhan berketinggian 30 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tinjauan di lokasi mendapati masih berlaku pergerakan tanah bagaimanapun penduduk tidak diarahkan berpindah setakat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top