am@hmetro.com.my
Georgetown: Satu kejadian tanah runtuh berhampiran Kondominium Leisure Bay di Tanjung Tokong di sini,
petang tadi, menimbus sebahagian daripada dua kereta, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 6.50 petang.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, tanah runtuh itu membabitkan sebuah kereta BMW dan sebuah Honda City yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.
Menurut John, seramai enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama bantuan polis bagi menjalankan operasi yang masih berjalan ketika ini.
Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan operasi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




