Tang Jie-Ee Wei kempunan beraksi di final

Tang Jie-Ee Wei kempunan beraksi di final

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk menamatkan kemarau gelaran Jelajah Dunia BWF musim ini tidak kesampaian selepas tersingkir di separuh akhir Terbuka Denmark 2025, sebentar tadi.

Dalam aksi penuh mendebarkan di Arena Jyske Bank, pasangan juara dunia itu tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-18, 18-21 yang berlangsung selama 65 minit.

Tang Jie-Ee Wei bermula agak perlahan di set pertama sebelum bangkit dengan corak permainan lebih agresif di set kedua untuk menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, beberapa kesilapan mudah di penghujung permainan menjadi punca kekalahan mereka, sekali gus menafikan peluang melangkah ke final.

Kemenangan itu juga menyaksikan Zhen Bang-Ya Xin berjaya membalas dendam terhadap pasangan negara selepas tewas kepada mereka pada final Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lalu.

Setakat ini, Tang Jie-Ee Wei masih belum meraih sebarang gelaran dalam Jelajah Dunia BWF musim ini, dengan pencapaian terbaik hanyalah muncul naib juara Masters China.

Pasangan negara itu kali terakhir menjulang trofi dalam siri Jelajah Dunia di Terbuka Korea 2024, selain turut menjuarai Masters Orleans dan Terbuka Taiwan 2023.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top