Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir

Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir

aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tempat ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini selepas merangkul kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B.

Beregu yang menghuni ranking kelapan dunia itu tidak berdepan masalah apabila hanya memerlukan 50 minit untuk menjinakkan Dejan Ferdinansyah Gloria-Emanuelle Widjaja.

Mereka melakar kemenangan 21-17, 21-18 ke atas pasangan Indonesia yang berada di ranking ke-13 dunia itu untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan rekod pertemuan Tan Jie-Ee Wei berdepan Dejan-Emanuelle menjadi satu sama.

Sementara itu, peluang buat satu lagi pasangan negara Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mengikut jejak langkah Tang Jie-Ee Wei masih terbuka apabila tidak berdepan masalah meraih kemenangan ke atas beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-14, 21-15 dalam tempoh 35 minit.

Mereka akan turun berdepan Dejan-Emanuelle untuk perlawanan terakhir Kumpulan B dengan misi wajib menang. Soon Huat-Shevon dan Dejan-Emanuelle ketika ini masing-masing mencatatkan satu kemenangan satu tewas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top