am@hmetro.com.my
Muar: Bapa kepada Allahyarham Noradriana Nor Hisyam, 11, salah seorang daripada tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redah, Pagoh, tiba di Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk melihat jenazah anaknya.
Dia yang kenali sebagai Nor Hisyam tiba pada jam 5.50 petang sebelum bergegas ke bilik forensik.
Sebelum itu, Nor Hisyam yang memandu van rempah ratus dalam perjalanan dari Kelantan kerana menghantar pesanan.
Sebaik dimaklumkan berita sedih ini, dia terus bergegas pulang ke Muar.
Ketibaannya dalam suasana emosi bercampur sedih namun berjaya ditenteramkan ahli keluarga yang turut sama berada di Unit Forensik.
Ketika ini, kebanyakan ahli keluarga tiga mangsa berkumpul di perkarangan Unit Forensik bagi mendapat perkembangan terkini mengenai proses bedah siasat.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, proses bedah siasat Noradriana sedang dijalankan.
“Kami akan cuba selesaikan (kebumi) malam malam jika diizinkan. Namun semuanya bergantung kepada proses bedah dijalankan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




