Tangki air jatuh dari bumbung hotel hempap dua kereta

Tangki air jatuh dari bumbung hotel hempap dua kereta

mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Dua kereta yang diparkir di hadapan sebuah hotel di Ampang Point di sini, rosak selepas dihempap tangki simpanan air yang dipercayai terjatuh dari bumbung premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua pemilik kenderaan terbabit sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati tangki simpanan air itu disyaki terjatuh dari atas bumbung bangunan hotel berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai rujuk agensi lain (ROA)bagi tujuan tuntutan insurans.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top