Tayang badan, video Syafiq Kyle ‘workout’ curi perhatian

Tayang badan, video Syafiq Kyle ‘workout’ curi perhatian

Tindakan pelakon popular, Syafiq Kyle menunjukkan isyarat jari tengah ketika melakukan senaman atau ‘workout’ di sebuah pusat gimnasium dipersoal dalam kalangan netizen.

Difahamkan, aksi spontan Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu dipercayai dirakam oleh jurulatih peribadinya @iamcaptainjoe menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok.

@iamcaptainjoe

#syafiqkyle #celebrity #celebrityfitness #celebrityfitnessmalaysia #celebrityfitnessmidvalley #captainjoeworkout #exerciseworkout #fitnessjourney #gymroutines #workoutmotivation #fitnesschallenge #fitlife #captainjoe #bodyworkout #workout #fitnessaddict #gymmotivation #bodybuildingtips #fitnessmodel #gymworkouttutorial #workoutideas #memories #motivation

♬ original sound – Captain Joe – Captain Joe

 

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, Syafiq yang dilihat mendedahkan tubuh badannya dan hanya memakai seluar pendek menjayakan ‘shoulder day’ dengan mengangkat ‘barbell plate’ untuk tempoh tertentu.

Selepas selesai sesi tersebut, pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Adam dalam drama Nur itu tiba-tiba menunjukkan isyarat jari tengah ke arah kamera sekali gus membuatkan segelintir netizen terkejut.

Walau bagaimanapun, ramai individu terutama golongan wanita seolah-olah tidak keruan apabila melihat bentuk tubuh Syafiq selain memuji rupa parasnya yang tampan.

Terdahulu, Syafiq memaklumkan dia sedang menghitung hari bagi mendirikan rumah tangga dengan aktres Mimi Lana yang akan berlangsung tahun ini.

Sumber: TikTok @iamcaptainjoe