VIENNA – Tiga konsert Taylor Swift di Vienna telah dibatalkan selepas kerajaan Austria mengesahkan akan berlaku serangan di lokasi acara.
Konsert itu dijangka dihadiri kira-kira 65,000 penonton pada setiap persembahan yang dijadualkan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu.
“Dengan pengesahan daripada pegawai kerajaan mengenai serangan pengganas yang dirancang di Stadium Ernst Happel, kami tidak mempunyai pilihan selain membatalkan tiga rancangan yang dijadualkan untuk keselamatan semua orang,” kata Barracuda.music dalam hantaran di Instagram.
Penganjur akan membayar balik semua tiket yang telah dibeli secara automatik.
Polis Austria sebelum ini menahan dua orang yang disyaki merancang serangan ke atas konsert berkenaan, kata ketua keselamatan Austria Franz Ruf pada sidang akhbar.
Ruf mendakwa, seorang suspek berusia 19 tahun telah berikrar taat setia kepada kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Islam.
“Kami telah mewujudkan tindakan persediaan yang sepadan dan juga terdapat tumpuan pelaku berusia 19 tahun pada konsert Taylor Swift di Vienna,” kata Ruf.
Lelaki itu, yang telah berikrar taat setia kepada kumpulan pengganas “dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” telah ditahan di Lower, Austria kira-kira sejam dari ibu negara awal hari ini, kata Ruf.
Beliau berkata, bahan kimia telah dirampas di rumah suspek. Orang kedua yang dipercayai berhubung dengan suspek telah ditahan di Vienna.
Media sebelum ini melaporkan, gara-gara menghadiri satu program amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Palestin, penyanyi Taylor Swift dikecam dan diminta boikot oleh segelintir netizen.
Selain Taylor, program tersebut juga difahamkan turut dihadiri oleh rakan artis iaitu Selena Gomez dianjurkan oleh pelawak Ramy Youssef bertempat di Brooklyn Academy of Music baru-baru ini.
Kehadiran penyanyi itu kurang disenangi beberapa penyokong pro Israel dan salah seorang pembaca berita FOX news iaitu Megyn Kelly juga menyelar pembabitan penyanyi itu dalam program berkenaan.
Malah, Megyn Kelly juga meminta supaya penyanyi itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh penduduk Israel kerana didakwa menyinggung perasaan mereka.
“Saya berharap mereka memboikot acaranya sampai dia mengeluarkannya kenyataan maaf, kerana menghadiri program yang salah,”kata Megyn Kelly.
Taylor bagaimanapun mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung isu itu.-Agensi




