Tebing Bukit Kanada runtuh, 273 penduduk dipindahkan

Tebing Bukit Kanada runtuh, 273 penduduk dipindahkan

am@hmetro.com.my

Kuching: Seramai 273 penduduk yang mendiami 32 rumah di Kampung Lereng Bukit di Miri diarah berpindah apabila runtuhan tebing Bukit Kanada, menjejaskan kediaman mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri berkata, semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Suarah Miri.

Menurutnya, runtuhan Bukit Kanada itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Katanya, runtuhan kecil masih berlaku dan pihaknya masih menjalankan memantau pergerakan tanah di kawasan itu.

Usaha masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tanah runtuh itu.

Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit itu pernah mengorbankan dua pekerja stesen minyak apabila mereka tertimbus dalam kejadian pada 16 Januari 2009.

Kejadian pada 1 pagi, 16 tahun lalu itu turut meranapkan stesen minyak terbabit.

Pada 23 Januari 2014, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berdekatan sehingga memaksa 16 penghuni rumah meninggalkan kediaman mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top