“Tempat Kejadian Wangi Sangat Dik” – Abang Luah Rasa Sebak, Adik ‘Pergi’ Dengan Al-Quran Di Dada | Trending – Oh! Media

“Tempat Kejadian Wangi Sangat Dik” – Abang Luah Rasa Sebak, Adik ‘Pergi’ Dengan Al-Quran Di Dada | Trending – Oh! Media

Trending

Pelajar UPSI, Nurly Shahirah Azman antara mangsa tragedi bas Gerik. Arwah seorang hafizah yang menghembus nafas terakhir dengan al-Quran di tangan dan di dada.


Pemergian pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman dalam nahas bas yang mengorbankan 15 nyawa benar-benar menyentuh hati ramai.

BACA: “Saya Dah Cuba Segalanya!” – Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Pelajar UPSI

Arwah rupa-rupanya seorang hafizah yang telah pun khatam hafazan 30 juzuk al-Quran. Menurut perkongsian ahli keluarga, arwah pergi dalam keadaan memeluk al-Quran.

Sentiasa bersama al-Quran, walau ke mana pergi

Menerusi perkongsian abang kandungnya, Najmuddin Azman, arwah memang tak pernah berenggang dengan al-Quran.

Al quran

Di mana-mana pun dia pergi, pasti ada al-Quran di sisi. Bahkan, ketika kemalangan berlaku, kitab suci itu berada di tangannya.

Dikenali sebagai anak solehah dan rajin mengulang hafazan

Abang turut berkongsi tulisan tangan arwah untuk menguatkan lagi hafalan al-Qurannya. Abang menjadi saksi di mana adiknya tidak lekang membaca al-Quran setiap hari.

Kemalangan Upsi

Malah, ramai kenalan tampil berkongsi bahawa Nurly adalah seorang pelajar yang sangat menjaga hafazan dan sentiasa bersungguh dalam perjuangan ilmu.

Bahkan selepas solat, jenazah arwah diangkat oleh para asatizah dan mereka yang datang khas untuk memberi penghormatan terakhir.

Doa orang ramai mengiringi pemergiannya

Sebaik berita pemergian arwah tersebar, ramai tampil meluahkan rasa sebak dan mendoakan agar Allah menempatkan Nurly Shahirah dalam kalangan para solehah dan syuhada.

Cara arwah pergi bukan sahaja memberi kesan pada ahli keluarga, malah kepada seluruh umat Islam yang tahu nilai seorang ahli al-Quran.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top