Tengku Zafrul Jawab Panjang Lebar Semua Desas-Desus, Akui Ada Perbincangan Bersama PKR | Oh! Media

Tengku Zafrul Jawab Panjang Lebar Semua Desas-Desus, Akui Ada Perbincangan Bersama PKR | Oh! Media

Sebelum ini, sebuah portal media telah mendedahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan ketua bahagian UMNO Kota Raja itu bakal sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Terbaru, Tengku Zafrul akhirnya telah membuat kenyataan media, menjawab semua persoalan yang timbul termasuk perbincangan dengan PKR dan calon sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Nafi sertai parti lain, masuk politik untuk menyumbang kepada negara

Kredit foto: Facebook Tengku Zafrul

Menerusi kenyataan daripada Facebook rasmi Tengku Zafrul, beliau berkata, dirinya tidak ada membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Walaupun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui ada perbincangan awal dan Tengku Zafrul sebenarnya agak terkejut dengan kenyataan itu.

BACA: Zahid Kata Tiada Makluman Zafrul Ingin Keluar UMNO, PMX Sahkan Ada Perbincangan Awal

Kredit foto: Facebook Ahmad Zahid

Dalam masa yang sama, beliau juga mendakwa tidak menerima sebarang panggilan dari pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu sebenar sejak perkara ini menjadi bualan ramai.

Tengku Zafrul juga berkongsi yang beliau sertai politik, selepas meninggalkan dunia korporat kerana percaya menjadi anggota pentadbiran kerajaan mampu menyediakan ruang untuknya berkhidmat kepada rakyat dan dapat menyumbang kepada agenda pembangunan negara secara langsung.

Percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik murahan

Kredit foto: Facebook Tengku Zafrul

Tengku Zafrul turut menyatakan, yang beliau percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat. Tengku Zafrul juga mendakwa UMNO Selangor masih terperuk dalam isu ini.

Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara- Jelasnya

Akui ada perbincangan bersama PKR tetapi bukan isu jawatan

Kredit foto: Facebook Tengku Zafrul

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, berkata, beliau percaya setiap orang mempunyai hak untuk memilih wadah perjuangan politik yang sesuai bagi pembangunan rakyat dan negara. Tanpa dinafikan, beliau akui pernah ada berbincang dengan parti PKR.

Saya ingin tegaskan dalam perbincangan awal ini tidak ada perbincangan jawatan di peringkat Negeri mahu pun pilihanraya kecil dibincangkan.-Tambahnya

Akhir sekali, beliau menjelaskan bahawa fokus utamanya sekarang adalah tentang dasar untuk rakyat, berdasarkan politik yang membina dan bukan menghancurkan.


Scroll to Top