Isteri kepada penyampai radio HotFM, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha mencuri perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek memaklumkan bahawa ramai dalam kalangan netizen menghantar pesanan terus (DM) kepadanya.
Kata ibu kepada dua orang anak itu, dia terkejut apabila menerima banyak DM yang rata-ratanya memarahi dirinya.
Bagaimanapun, setelah membaca semua pesanan mesej tersebut, dia akui bahawa hantaran itu sepatutnya diberikan kepada pelakon versatile, Sharifah Sakinah.
Ini kerana, ramai yang tersilap menghantar pesanan berkenaan disebabkan raut wajah mereka yang dikatakan serupa.
“Banyaknya DM kenapa semua orang marah ni? Apa silap Mamatiz. sekali buka DM semua sebab Astrid (watak Sharifah Sakinah)
“Semua orang kata muka sama, kadang-kadang Mamatiz tak tahu mana yang sama tu. Mungkin sebab kita tengok muka sendiri kan so kita tak tahu.
“Kakak Sharifah Sakinah saya kena. Ni watak awak menjadi sangat ni sampai saya pun kena marah ni. Mereka silap ni tu yang marah Mamatiz.
“Patutnya mereka semua pergi DM awak, marah awak. Ke sebab takut kena marah dengan awak,” katanya.
Sedar dengan hantaran berkenaan, aktres versatile itu dilihat memuat naik semula hantaran berkenaan menerusi platform Threads miliknya.
Menurut Sakinah, tindakan netizen itu tidak sepatutnya berlaku dek kerana oang lain yang menjadi mangsa kritikan dan makian.
“Tergamak kau orang,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan video pendek tersebut.
Bahkan, rata-rata pengikut Sakinah bersetuju bahawa wajah mereka berdua sama.