Oh! Artis
Anak Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin pecah rekod acara 110m lari berpagar di Kejohanan MRSM Kebangsaan 2026.
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin, berjaya mencipta pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.
BACA: “Jangan Sesekali Mendongak Tinggi” – Kejayaan Anak Di MRSM Jadi Tumpuan, Rita Rudaini Titip Pesanan
Menerusi perkongsian di Instagram, Airit Rayyan difahamkan berjaya memecah rekod bagi acara 110 meter lari berpagar selain mewakili negeri Selangor dalam kejohanan tersebut.
Rita bangga dengan pencapaian anak
Rita berasa gembira apabila usaha dan kerja keras anaknya selama ini membuahkan hasil.

Dalam hantaran lain, Rita turut menyentuh tentang peranan besar guru yang selama ini membimbing Airit Rayyan sehingga mampu berdiri megah di podium.

Baginya, di sebalik kejayaan seorang juara, pasti ada insan yang tidak pernah penat mencurahkan ilmu dan memberi sokongan dari belakang tabir.

Rita juga sempat berkongsi pengalaman anaknya menimba ilmu bersama Coach Herman Majid yang dianggap sebagai idola.

Kejayaan Airit Rayyan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Rita sebagai ibu, malah turut membuktikan bahawa disiplin, latihan dan sokongan orang sekeliling mampu membawa seseorang atlet muda pergi lebih jauh.
Pssttt! Tahniah buat Airit Rayyan Rizqin atas pencapaian membanggakan ini. Bukan mudah untuk pecah rekod dalam kejohanan besar, apatah lagi membawa nama negeri di usia muda. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk Airit terus melangkah lebih jauh dalam dunia olahraga.
Kredit: Instagram Rita Rudaini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




