Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi suasana tenang di pejabatnya yang kini turut dijadikan ruang kelas pengajian ilmu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, usahawan dan selebriti terkenal itu memaklumkan bahawa sebahagian ruang pejabat @nilofaplus yang sebelum ini tidak digunakan kini dimanfaatkan sepenuhnya.
Neelofa buat kelas ilmu di pejabat
Menurut Neelofa, ruangan atas pejabat asalnya disediakan untuk sesi LIVE, namun ada bahagian lain yang kosong.

Lebih menarik, idea tersebut hadir daripada suaminya sendiri pendakwah bebas PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.
Suami tak jemu potpet

Neelofa secara jujur meluahkan rasa syukur kerana suaminya tidak jemu mengajaknya untuk mengadakan kelas ilmu di pejabat mereka.
Terima kasih pada suami @hrisbismail sebab tak jemu potpet kat i untuk buat kelas ilmu… alhamdulillah. Semoga kita semua dapat manfaat.
Perkongsian ini turut disambut positif oleh pengikutnya yang rata-rata mengucapkan terima kasih atas usaha murni Neelofa dan suami dalam menyebarkan ilmu agama, terutama sekali dalam suasana pejabat yang selesa dan damai.
Pssttt! Apa yang dilakukan Neelofa dan suaminya ini patut dijadikan inspirasi – bahawa ilmu itu boleh dicari di mana-mana, asalkan ada niat yang ikhlas. Semoga lebih ramai usahawan mencontohi langkah ini dan jadikan pejabat bukan sekadar tempat cari rezeki, tapi juga ruang menambah berkat.
Kredit: Instagram Neelofa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.