Terima mesej di IG, ada individu cuba goda bekas suami Nad Zainal?

Terima mesej di IG, ada individu cuba goda bekas suami Nad Zainal?

Khabar berita mengenai perkahwinan pelakon terkenal, Nad Zainal bersama Ungku Ismail ternyata mengejutkan ramai. Mana tidaknya, ramai yang tidak menyangka akhirnya pasangan selebriti tersebut telah membina mahligai secara rahsia pada 23 Januari lalu.

Malah, ramai mengetahui bahawa sebelum ini Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya, Faliq Amiruddin namun telah berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama.

Namun begitu, baru-baru ini, bekas suaminya itu pula menjadi perhatian ramai apabila Faliq telah memuat naik beberapa tangkap layar di IG story yang mendedahkan dia menerima mesej daripada orang yang tak dikenali.

Dalam perkongsian tangkap layar tersebut, individu tersebut cuba untuk mendekati dirinya dengan menghantar mesej di Instagram yang mahu menjadi rakannya namun, pelawaan itu ditolak Faliq.

Bukan itu sahaja, individu itu juga mempunyai niat untuk memberikan Faliq hadiah dengan seikhlas hati namun, Faliq tidak menerimanya disebabkan saling tidak mengenali.

Sekdar info, Nad dan Muhammad Faliq telah mendirikan rumah tanggga pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini namun, asbab dan tarikh penceraian tidak dimaklumkan kepada umum.

Sumber: Instagram @faliqamirudin