Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan rasa syukur atas kejayaan prosedur pemindahan hati membabitkan seorang remaja berusia 15 tahun, Muhammad Raif Rabbani di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini, selepas sekian lama berjuang melawan penyakit biliary atresia sejak bayi.
“Setelah cekal berjuang melawan biliary atresia sejak bayi, beliau kini telah dibenarkan pulang ke rumah. Semoga adik Raif dikurniakan kesihatan untuk kembali berbakti kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
.Dalam masa sama, Dzulkefly turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan pakar dan petugas kesihatan HTA atas kejayaan prosedur berkenaan, selain merakamkan penghormatan kepada penderma organ serta keluarga yang bersetuju untuk memberikan peluang kehidupan baharu kepada pesakit lain melalui pendermaan organ.
Raif Rabbani telah berjaya menjalani pemindahan hati daripada penderma yang telah meninggal dunia pada 14 April lepas.
© New Straits Times Press (M) Bhd




