LATEST

“Tak Elok Kita Nak Cerita Aib Pasangan, Ada Benda yang Tak Boleh Kongsi”

“Tak Elok Kita Nak Cerita Aib Pasangan, Ada Benda yang Tak Boleh Kongsi”

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berpendapat pasangan suami isteri tidak patut berkongsikan masalah atau aib rumah tangga di media sosial.

Memetik Oh Bulan, Kak KM berkata ada perkara yang tidak perlu dikongsikan secara terbuka. Katanya lagi, termasuk dirinya apa yang dipaparkan di media sosial bukanlah keseluruhan kehidupannya.

Baca juga: Pelajar maut di sekolah Perak: PM mahu siasatan menyeluruh, telus, segera

BACA: “Kedai Punuh Lalat” – Kak KM Dakwa Kena Sihir, Tak Boleh Tidur Dari Maghrib Hingga Subuh

“Tak eloklah kalau semua benda kita nak cerita aib pasangan kita. Sebab kita tak boleh, ada benda yang kita boleh kongsi, ada benda yang kita tak boleh dikongsikan sebenarnya. Macam saya sendiri, apa yang korang tengok tu bukanlah sepenuhnya, banyak lagi benda lain yang kita simpan. 

“Kita tak bolehlah nak kongsikan semua benda. Tak nak lah aib yang kita cerita tu sampai menghina, tak baiklah macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata orang luar atau sesiapa pun tidak sepatutnya masuk campur dalam hal rumah tangga pasangan lain.

“Sebab tu rumah tangga tak boleh masuk campur. Siapa-siapa pun tak boleh masuk campur. Jangan cakap apa-apa sebab waktu marah memang kita yang isteri atau suami memang akan cakap macam-macam.

“Penonton tu sebenarnya suka tepuk tangan, ‘padan muka engkau’.  Diorang tak akan rasa kasihan pun dekat kita yang bergaduh ni. Jadi kalau boleh, tutuplah aib masing-masing,” katanya. 

Sumber: Oh Bulan

Latest news