LATEST

JPN Perak sahkan pelajar tingkatan tiga maut

JPN Perak sahkan pelajar tingkatan tiga maut

am@hmetro.com.my

Baca juga: Tiada konflik kepentingan penganugerahan kontrak THiJARI RM4.53 juta – Zulkifli

Ipoh: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Kuala Kangsar meninggal dunia hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan, jabatan itu berkata, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan kes dan sudah mengarahkan pihak sekolah untuk memberi kerjasama penuh terhadap siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JPN Perak juga menzahirkan dukacita atas pemergian pelajar berkenaan dan bersedia menghulurkan bantuan serta sokongan diperlukan pihak berkaitan.

“JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

“Kami memohon semua pihak agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan,” menurut jabatan itu.

Pada masa sama, JPN Perak akan turut memastikan komunikasi bersama keluarga pelajar terbabit dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan di samping menyalurkan bantuan serta sokongan bersesuaian.

Terdahulu media melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia hari ini.

Namun belum ada kenyataan rasmi dan pengesahan lanjut dikeluarkan pihak berkuasa setakat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news