LATEST
National

Malaysia, AS mahu bekerjasama bangunkan Awan AI Berdaulat Malaysia

Malaysia, AS mahu bekerjasama bangunkan Awan AI Berdaulat Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhasrat memperkukuh kerjasama dalam membangunkan Awan Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Malaysia.

Baca juga: Pelajar SBP Tingkatan Tiga Ditemukan Meninggal Dunia, Pihak Sekolah Diarah Beri Kerjasama

Ia dengan AS menyediakan dana berjumlah AS$50 juta melalui program SI SPARK bagi menyokong inisiatif itu, tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua kerajaan berhubung terma serta skop bantuan berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden AS, Donald Trump, semalam mengumumkan hasrat kedua-dua negara menjalinkan kerjasama bagi menyokong inisiatif Malaysia itu, termasuk melalui penyertaan syarikat teknologi AS.

Menurut MCMC, Malaysia akan menentukan reka bentuk, kaedah perolehan dan pengaturan operasi bagi kemudahan Awan AI Berdaulat itu.

“Infrastruktur dan data yang dihoskan akan ditempatkan di Malaysia, tertakluk kepada undang-undang negara serta kekal dalam pemilikan, jagaan dan kawalan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, bidang kerjasama yang berpotensi termasuk bantuan teknikal dan latihan bagi membangunkan tenaga kerja AI tempatan, dan memperkukuhkan keupayaan Malaysia untuk mengendalikan infrastruktur digital yang selamat serta berdaya tahan.

MCMC berkata, penyertaan syarikat teknologi AS adalah tertakluk kepada undang-undang dan proses perolehan Malaysia, keperluan teknikal dan keselamatan, serta pemeteraian perjanjian berkaitan.

Menerusi Perkongsian Strategik Komprehensif, Malaysia dan AS berhasrat mempererat kerjasama dalam bidang AI serta teknologi digital yang selamat, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan dan autonomi kawal selia setiap negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news