LATEST

Lampu hijau di HPUSM hargai penderma organ

Lampu hijau di HPUSM hargai penderma organ

nfazlina@nstp.com.my

Baca juga: Warga emas maut dipercayai diserang harimau di Sungai Siput

Kota Bharu: Kawasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian malam tadi diterangi dengan lampu berwarna hijau, tanda berlangsungnya pembedahan derma organ.

Ia juga melambangkan sokongan dan penghargaan terhadap usaha pendermaan organ.

Terdahulu, tular di media sosial mengatakan pembedahan derma organ itu membabitkan Allahyarham Muhammad Ajdil Ahmad Zupardi yang berusia 23 tahun.

“Dimaklumkan bahawa seorang pesakit lelaki berusia 23 tahun terbabit dalam satu kemalangan dan disahkan mengalami kematian otak.

“Pihak keluarga sudah bersetuju untuk beliau menjalani prosedur pendermaan organ yang berlangsung malam ini (tadi),” menurut hantaran tular itu.

Turut dikongsikan jemputan agar semua kakitangan hospital yang berkelapangan untuk hadir memberi penghormatan terakhir terhadap Allahyarham sebagai tanda penghargaan dalam memberikan peluang kehidupan kepada insan lain melalui pendermaan organ.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news