IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) mahu semua pihak menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri ini.
Jabatan itu memohon agar semua tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan.
Baca juga: Aaron-Roy King terus ‘mengganas’
JPN sedang memantau perkembangan insiden tersebut secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“JPN Perak menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak yang disahkan meninggal dunia di sekolah berkenaan pada 18 November 2026,” menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.
JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya
“JPN Perak juga memastikan komunikasi dengan keluarga murid dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan, di samping memberikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian,” menurut jabatan itu lagi,” katanya- UTUSAN
The post Hormati keluarga, tidak buat spekulasi kes kematian pelajar di Perak appeared first on Utusan Malaysia.