LATEST
Social Media

Pelajar SBP meninggal dunia di Kuala Kangsar, JPN Perak arah sekolah bantu siasatan polis

Pelajar SBP meninggal dunia di Kuala Kangsar, JPN Perak arah sekolah bantu siasatan polis

abatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri itu pada Rabu.

Menerusi kenyataan media, JPN Perak memaklumkan pihaknya sedang mengikuti perkembangan kejadian berkenaan secara dekat selepas pelajar terbabit disahkan meninggal dunia di kawasan sekolah.

Baca juga: Malaysia Hindu Sangam kesal PM Anwar, Macron pakai kasut ketika lawatan ke kuil

JPN Perak zahir dukacita

Dalam masa sama, jabatan itu turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan, selain mengambil langkah menyediakan sokongan emosi kepada warga sekolah yang terkesan.

“JPN Perak turut menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian murid berkenaan.
“Selain itu, JPN Perak sudah menyelaras penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Selain memastikan pihak sekolah membantu siasatan polis, JPN Perak turut memberi perhatian terhadap kebajikan keluarga mangsa.

Menurut jabatan berkenaan, komunikasi dengan keluarga pelajar akan dilaksanakan secara berhemah dan penuh empati, selain memastikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian disalurkan secara berterusan.

Dalam pada itu, JPN Perak mengingatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga mangsa dan mengelakkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Orang ramai juga diminta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya menerusi media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Perak

More in Social Media

View all

Latest news