LATEST
Social Media

Bukan milik MAIS, tanah rumah ibadat bukan Islam di Serendah milik kerajaan Selangor

Bukan milik MAIS, tanah rumah ibadat bukan Islam di Serendah milik kerajaan Selangor

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menjelaskan status sebenar sebidang tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor yang dikaitkan dengan dakwaan pembinaan rumah ibadat bukan Islam secara haram.

Bukan milik MAIS

Menerusi kenyataan pada Rabu, MAIS menafikan tanah berkenaan merupakan milik institusi itu, sebaliknya mengesahkan ia berada di bawah pemilikan kerajaan negeri Selangor.

Baca juga: BN mahu kemelut Negeri Sembilan selesai secara baik – Zambry

Tanah milik kerajaan

Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini menyatakan, penjelasan tersebut dibuat susulan penularan satu hantaran di Facebook yang mengaitkan tanah berkenaan dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam secara haram.

Menurutnya, semakan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor telah dilakukan bagi mendapatkan kepastian mengenai status pemilikan tanah terbabit.

“Berdasarkan semakan yang dibuat dengan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, tanah tersebut adalah tanah milik kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Sabirin memaklumkan pihaknya turut dimaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang mengambil tindakan bagi mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Sehubungan itu, MAIS menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

Menurutnya, tindakan menyebarkan maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, selain berisiko mencetuskan fitnah terhadap institusi agama Islam.

Pada masa sama, MAIS mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai aduan berkaitan dakwaan pencerobohan tanah yang dipercayai milik atau berada di bawah pengurusan institusi berkenaan.

Sumber: Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

More in Social Media

View all

Latest news