PAPAR: Lima penumpang sebuah bas persiaran cedera parah selepas kenderaan itu terbabas ke bahu jalan ketika menuruni bukit dalam nahas di Jalan Bukit Kimanis-Keningau, di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira 1.34 petang itu membabitkan lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 60 hingga 71 tahun.
Baca juga: Dua kanak-kanak bermain di luar tingkap, polis siasat kemungkinan pengabaian
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nelson Ponji, berkata, lima mangsa berkenaan tersepit di dalam bas berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
Beliau berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan termasuk di bahagian kepala, dada, bahu dan muka, selain patah kaki, tangan serta jari.
Selain itu, 16 lagi penumpang bas terbabit mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN
The post Lima cedera parah, bas persiaran terbabas appeared first on Utusan Malaysia.