LATEST

Jemaah, sukarelawan gotong-royong bersih ‘masjid banjir’

Jemaah, sukarelawan gotong-royong bersih ‘masjid banjir’

am@hmetro.com.my

Kuala Selangor: “Walaupun air sudah surut, masih ada sedikit lagi bahagian yang perlu dibersihkan bagi membolehkan jemaah menunaikan solat,” kata Nazir Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, Dr Masrur Mohd Khir.

Baca juga: Proton e.MAS dekati pengguna menerusi Oh My Kawan gabungan Awie, Sasi The Don

Banjir kilat semalam menyebabkan Masjid At-Taufiqiah tenggelam lagi hingga menjejaskan ruang solat dan pekarangan masjid.

Menurut Dr Masrur, banjir mulai surut kira-kira 9 pagi dan membolehkan mereka memulakan gotong-royong membersihkan kawasan serta ruang solat utama.

“Ahli jawatankuasa (AJK) bertungkus-lumus mencuci kawasan yang terjejas dan kebetulan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut membantu membersihkan halaman masjid,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dr Masrur berkata, situasi dihadapi masjid itu turut mendapat perhatian sukarelawan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijangka hadir membantu kerja pembersihan esok.

“Insya-Allah, doakan kami dalam usaha membersihkan ruang dan kawasan yang terjejas dengan lumpur dan sampah sarap,” katanya.

Katanya lagi, banjir kali kedua dalam tempoh beberapa minggu ini menyaksikan sebahagian besar barangan di dalam masjid dapat diselamatkan hasil tindakan pantas jemaah dan AJK.

“Hanya peti sejuk beku sahaja yang tidak dapat diselamatkan kerana rosak ditenggelami air,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news