Musim pandemik COVID-19 ini, ramai yang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga dan ibu bapa dek kerana larangan merentas negeri yang dikuatkuasakan pihak kerajaan.
Bagaimanapun, bagi yang dapat berada di samping ibu bapa di kampung, bersyukurlah. Begitulah seperti kisah yang dikongsi oleh seorang lelaki bersama ibunya menerusi aplikasi TikTok ini.
Difahamkan lagi, lelaki itu sering memuat naik video rutin harian bersama ibunya di kampung halaman di TikTok.
@marbitter Bila tiba musim gajus di kampung, kamilah orang yang paling gembira #shortvlog #youtuber #Marbitter #fyp #terengganu
Dalam perkongsian lain, rakaman video memaparkan si ibu sedang melayan permintaan anaknya untuk memotong rambut ala Korea.
Tak sangka, menjadi pula!

@marbitter Tukang Gunting Umur 75 Tahun #youtuber #Marbitter #fyp
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat kedua anak-beranak itu yang membuatkan netizen berasa rindu terhadap ibu bapa mereka yang berada di kampung halaman.
Bukan itu sahaja, sejak mula dimuatnaik, video berkenaan telah meraih 1 juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka tau!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menonton perkongsian lelaki terbabit dan mengagumi keindahan kawasan kampungnya.



Comel je telatah anak dan ibu ni. Auto teringat mak ayah di kampung.
Sumber: TikTok @marbitter




