khairil.ashraf@hmetro.com.my
Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan berjalan seperti biasa walaupun berlakunya kejadian pelajar perempuan maut ditikam pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, hari ini.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, ini disebabkan siasatan pihak polis tidak akan mengganggu proses PdP di sekolah berkenaan.
“Perkara itu nanti kita akan lihat dengan teliti. Sekarang ini proses PdP sekolah itu akan berjalan seperti biasa dan siasatan itu tak mengganggu proses PdP murid,” katanya pada sidang media di KPM hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




