Teruja harga susu, tepung murah, lebih RM14,000 lesap

Teruja harga susu, tepung murah, lebih RM14,000 lesap

am@hmetro.com.my

Jempol: Tertarik dengan harga murah susu dan tepung diiklan di Facebook, seorang peniaga kerugian RM14,274.55 selepas menjadi mangsa penipuan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata mangsa sebelum itu melihat iklan berkenaan semalam dan berminat dengan tawaran harga murah disebabkan mangsa seorang peniaga.

“Disebabkan teruja, mangsa menekan pautan di laman sosial itu sebelum mengisi butiran peribadi termasuk nombor akaun bank dan kata laluan keselamatan.

“Wang di dalam akaun mangsa kemudian dipindahkan sebanyak empat kali ke dalam pelbagai akaun termasuk akaun e-wallet,” katanya.

Hoo berkata mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pihak bank mengenai transaksi pemindahan wang milik mangsa dan wang di dalam akaunnya berkurangan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top