TGV bakal beroperasi semula selepas PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: TGV Cinemas bakal membuka semula lapan pawagam di beberapa negeri selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) 16 Disember ini.
Lapan pawagam yang akan kembali beroperasi ialah TGV Gurney Paragon dan TGV Bukit Mertajam, Pulau Pinang; TGV AEON Seri Manjung dan TGV AEON Taiping di Perak; TGV Mesra Mall, Terengganu dan TGV Vivacity Megamall serta TGV Permaisuri Imperial Mall, Sarawak.
Dalam kenyataan media TGV memaklumkan pengunjung boleh membuat tempahan tiket bermula 11 Disember ini bagi menyaksikan filem Wonder Woman 1984 yang menjadi filem pertama ditayangkan selepas PKPB.
“Kami akan sentiasa mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan kerajaan demi kesihatan dan kesejahteraan pengunjung.
“Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ialah melarang masuk pengunjung yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah dan pengunjung yang tidak memakai pelitup muka tidak dibenarkan memasuki pawagam,” jelas kenyataan berkenaan.
Pengunjung digalakkan mendaftar masuk menerusi aplikasi My Sejahtera bagi memudahkan pawagam mengenal pasti pelanggan. Hanya penonton berusia 12 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan memasuki pawagam.

ZA137 Malay News
National Desk