TH sambut baik pindahan semula asetnya

TH sambut baik pindahan semula asetnya

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) TH menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memindahkan semula semua asetnya ini.

Menurutnya, TH akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berkaitan pengambilan semula aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

“TH sentiasa terbuka kepada semua peluang pelaburan yang boleh memberi nilai tambah kepada institusi dan juga pendeposit khususnya.

“Usaha ini juga akan dikaji secara terperinci dan akan melalui proses dan tatakelola sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah TH, ia kan membuat pengumuman seterusnya berkenaan perkara ini pada masa yang sesuai. – MalaysiaGazette

MOF akan serah semula aset Tabung Haji

Scroll to Top