TH teliti cadangan tambah bantuan kewangan haji jika kos terus meningkat – Marhamah

TH teliti cadangan tambah bantuan kewangan haji jika kos terus meningkat – Marhamah

KUALA LUMPUR, – Cadangan penambahan bantuan kewangan haji kepada bakal jemaah golongan B40 bagi musim haji akan datang akan diteliti, sekiranya kos menunaikan ibadah itu terus meningkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, bagi musim haji tahun ini, Tabung Haji (TH) terus menyediakan bantuan kewangan haji secara bersasar kepada golongan B40 walaupun kos haji meningkat.

Beliau berkata daripada kos sebenar menunaikan haji berjumlah RM33,300 seorang, jemaah haji dalam kategori B40 hanya perlu membayar RM15,000, manakala baki RM18,300 ditanggung menerusi bantuan kewangan yang disediakan TH.

“Bantuan kewangan haji ini dibiaya daripada keuntungan pelaburan TH yang dijana daripada simpanan pendeposit. Oleh itu, pemberian bantuan kewangan haji perlu dibuat secara bersasar dan berhemah dengan mengambil kira keperluan bakal haji serta kepentingan pendeposit secara keseluruhannya.

“Namun, insya-ALLAH, TH akan memperhalusi cadangan untuk menambah bantuan kewangan untuk bakal jemaah B40 bagi musim haji akan datang,” katanya pada sesi soal jawab.

AKAN MENYUSUL

 

 

Scroll to Top