The Gadys kembali dengan Gelek Jambu

The Gadys kembali dengan Gelek Jambu

KUALA LUMPUR – The Gadys memulakan kerjaya  nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dianggotai oleh Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini, mereka punya impian besar untuk berjaya dalam bidang muzik setanding dengan ‘girl group’ sedia ada.

Malah, kumpulan baharu hasil kerjasama Universal Music Malaysia dan Valient Music ini juga optimis mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan.

Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 2.8 juta tanda suka di TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.

Enggan menunggu lama, The Gadys muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional.

Nelissa Nizam yang mewakili The Gadys berkata, lagu terbaharu itu adalah karya yang unik, segar dan sesuai untuk pasaran  muzik semasa, sekali gus  bakal menarik perhatian pengguna laman sosial terutama di TikTok.

“Lagu Gelek Jambu ini sangat ‘fun’, ‘cheeky’dan ‘mess’ sebab ada pelbagai stail. Ada ‘cute’, reggaeton, rock dan tradisional sebagai muzik latar.

“Lagu ini mengisahkan mengenai bagaimana The Gadys bersikap   sambil   lewa dalam perhubungan. Jika tak suka dengan  cara  pasangan  tu, jika  ia  toxic, buang  jauh-jauhd an berseronok dengan orang lain yang penting iaitu rakan kita, The Gadys,” katanya.

Menurut Aznie Azmi, proses rakaman lagu Gelek Jambu banyak  dibantu oleh Mage dan Glowrush.

“The Gadys  bukan  hanya  menyanyi  biasa,  tetapi  kita  menyanyi  dengan karakter dan  emosi daripada setiap lirik  yang dinyanyikan. Sehingga waktu saya kena nyanyi bahagian saya, Glowrush suruh pegang gitar seolah ‘rockstar’, pegang beg dan  cawan seolah perempuan yang jual mahal.

“Dalam erti kata lain, proses rakaman sangat seronokwalaupun diulang banyak kali. Namun, kami dapat menunjukkan dan memberikan yang terbaik dengan bantuan Glowrush dan Adib,” katanya.

Bagi Ayunie Rizal pula, bukan sahaja proses rakaman yang seronok, tapi penggambaran video muzik (MV) juga membuatkan masing-masing tidak sabar untuk menunjukkan hasilnya kepada peminat.

“Proses rakaman MV sangat seronok. Sebab sepanjang proses menyiapkan lagu Gelek Jambu ini ini dari proses penghasilan lagu hingga rakaman MV selesai semuanya berjalan lancar dan dibuat dalam suasana yang menyeronokkan.

“Kami menjalani penggambaran selama 24 jam, tapi pukul 5 pagi  pun kami masih bertenaga untuk meneruskan penggambaran dalam  menghasilkan MV Gelek Jambu. Pihak produksi juga memberi aura dan semangat yang baik. Kami sukakan semua set, ‘fee’, ‘look’ dan visual untuk MV ini,” katanya.

Gelek Jambu kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube The Gadys. – MalaysiaGazette