Sejak semalam, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang aktor lelaki beperwatakkan ‘alim’ kantoi bermesej lucah dengan wanita lain sedangkan sudah beristeri.
Menerusi Harian Metro, pelakon lelaki berusia 20 an itu dikatakan bekas peserta program pencarian’hero’ dan telah mempunyai dua orang cahaya mata.
Disebabkan itu, ramai yang ‘memetik’ beberapa nama dan salah satunya adalah Hafidz Roshdi melihat daripada kriteria yang disebutkan.
Susulan daripada itu, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook.
Ada juga yang meluahkan rasa tidak sangka jika benar pelakon tersebut berlaku curang kerana pernah memujinya yang bernikah dengan wanita bukan dalam kalangan artis sewaktu di awal karier.
Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut belum ada sebarang kesahihannya memandangkan Hafidz dan isteri belum membuka mulut perihal kontroversi yang melanda.
Terdahulu, sumber telah mendakwa bahawa pelakon lelaki yang telah berumah tangga telah kantoi berbalas mesej lucah dengan wanita lain dan isterinya juga mengetahui hal tersebut.
Namun, disebabkan isterinya tidak bekerja, dia hanya memendam sahaja perkara itu walaupun hal berkenaan sudah terjadi sejak dia melahirkan anak pertama lagi.
Sumber: Harian Metro, Instagram Hafidz Roshdi